Rawatan terapi elektrostatik merupakan kaedah moden dalam cabang rawatan alternatif. Kehadirannya adalah kerana kehendak hidup masyarakat pada masa ini sendiri. Masyarakat yang sentiasa sibuk mencari wang untuk memenuhi kehendak hidup yang semakin berteknologi.
Bukan nak salahkan teknologi, peredaran zaman membuatkan individu semakin sibuk. Sibuk cari duit untuk keluarga, anak-anak, untuk naikan taraf hidup. Pernahkah anda terfikir tentang kesihatan? Mungkin pernah, bila demam, selsema atau batuk..
Tapi kita bercakap mengenai penyakit kronik, penyakit yang dulunya hanya ada pada golongan tua, kini semua golongan boleh merasa. Bermula umur 20-an dan seterusnya. Dulu umur 40-an baru ada penyakit. Sekarang tak perlu tunggu umur 40-an. Ianya berpunca daripada corak hidup kita sendiri. Pemakanan juga turut menyumbang kepada penyakit kronik. Tidak mengambil makanan seimbang adalah salah satu puncanya. Ditambah dengan gaya hidup yang tidak sihat serta kurangnya aktiviti senaman dan riadah.
Oleh kerana kita memerlukan teknologi moden pada zaman ini, biarkan teknologi juga yang menjaga kesihatan kita. Rawatan moden terapi elektrostatik ini bermula di Jepun. Oleh kerana Jepun merupakan negara peneraju teknologi, terapi elektrostatik ini telah pun digunakan kira-kira 10 tahun dahulu di sana.
Rawatan terapi elektrostatik ini boleh di rumuskan sebagai penganti senaman. Tujuan utamanya adalah untuk melancarkan perjalanan sistem darah dengan cara memecahkan lemak pada kapilari darah. Dengan 20 minit terapi bersamaan 12 jam anda melakukan senaman. Ia akan membuang toksin-toksin di dalam tubuh anda melalui proses perkumuhan semula jadi, pembuangan air besar, air kecil dan berpeluh. Secara tidak langsung ia dapat menurunkan berat badan sekiranya dilakukan dengan cara yang betul.
Bagi golongan muda eloklah dilakukan bagi mencegah penyakit dari awal lagi. Untuk mereka yang mengidap penyakit kronik, ini adalah kaedah rawatan alternatif yang perlu anda cuba. Insyallah anda akan dapat merasai perubahannya. Rawatan terapi ini tidak memerlukan anda untuk bergerak atau menukar pakaian sukan yang sesuai. Hanya perlu duduk sambil membaca akhbar atau bahan bacaan lain. Boleh dilakukan ketika anda bersantai bersama keluarga atau rakan-rakan.
Jelaslah terapi elektrostatik ini tidak memerlukan kudrat anda untuk melakukannya. Semua peringkat umur boleh menggunakanya, dari kanak-kanak, remaja, dewasa dan golongan berusia. Tidak kira siang atau malam, duduk atau berbaring, anda boleh melakukan terapi.
No comments:
Post a Comment